Wednesday 2 November 2011

Setelah setahun berkahwin wanita ini baru tahu suaminya seorang lelaki

Seorang wanita India yang tinggal bersama suaminya selama setahun akhirnya mengetahui rahsia besar suaminya. Ternyata suaminya adalah seorang wanita!.

Minati Khatua yang berumur 26 tahun, dari Rourkela, mengatakan yang dia dan keluarganya sangat yakin bahawa Sitakant Routray ,28 tahun adalah seorang lelaki sejati.

"Dia membuat seluruh ahli keluarga saya yakin dan membuatkan mereka bersedia menikahkan saya dengannya" beritahu Minati.

Sepertimana tradisi yang dilakukan di India, Sitakant menerima mas kawin termasuk sebuah kereta model Indica, hiasan emas dan wang tunai lebih dari RM1700.

Tapi kecurigaan Minati mulai muncul setelah pernikahan berlangsung apabila suaminya Sitakant menghindari untuk melakukan hubungan seks dengan alasan tidak mahu melanggar sumpah agama.

"Saya selalu mencuba untuk mengetahui jenis kelaminnya tetapi selalu gagal dan gagal lagi" katanya kepada Calcutta Telegraph.

"Namun pada suatu hari saya berjaya membuka pintu kamar mandi ketika dia sedang mandi. Kegusaran saya ternyata menjadi kenyataan. Dia adalah seorang wanita," tutupnya.

Inspektor Jyotirmaya Hota mengatakan bahawa pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai kes tersebut.

No comments:

Post a Comment