Wednesday 23 November 2011

Seorang Wanita Jadi Budak Seks Kerana Terpengaruh Iklan !

Bertemu orang baru menerusi internet memang perlu berhati-hati kalau tak mahu bernasib malang seperti wanita ini. Dia menjadi korban budak seks seorang lelaki yang pertama kali dikenalinya melalui dunia maya.

Mangsa yang berasal dari Wisconsin, Amerika Syarikat, awalnya membaca sebuah iklan di web Craigslist. Seorang lelaki New York bernama John Hopkins menawarkan bilik yng sangat indah di apartmentnya, bagi siapa yang mahu menjadi pembantu rumahnya.

Mangsa yang tak disebut identitinya ini tertarik dengan iklan itu. Setelah mencapai kata sepakat, tanpa curiga dia datang ke rumah Hopkins. Malangnya, di situ dia malah diperkosa Hopkins berulangkali dan terjebak di dalam rumah selama lapan hari.

Sejak awal kedatangan mangsa Hopkins sudah menunjukkan perangai buruk. Dia mengancam akan menjadikan mangsa sebagai budak seksnya. Dalam waktu 4 sampai 12 Februari lalu, dia memperkosa serta menganiaya mangsa berulangkali dan mengurungnya.

Pada hari kesembilan, mangsa berhasil menghubungi ibunya. Kes ini akhirnya sampai ke tangan polis setempat yang langsung menahan tertuduh dan menyelamatkan si wanita malangi tu.

Menurut laporan dari CNN, Hopkins terancam hukuman 25 tahun penjara. Aksi kejahatan seks seperti yang dilakukannya sudah kerap terjadi, terutama melalui web jejaring sosial. Berhati-hati .

No comments:

Post a Comment