Thursday 24 November 2011

Seorang Perempuan Rogol Lelaki Kerana Hoby


rang perempuan muda eksentrik ditangkap polis Rusia kerana meracuni dan memerkosa 10 lelaki setelah lebih dulu memancing mereka dengan kecantikannya. Perempuan itu diketahui bernama Valeria K (32). Hobinya cukup unik, iaitu mengumpul labah-labah beracun. Oleh kerana itu, ia digelar “Black Widow”, sejenis labah-labah raksasa yang ganas terhadap lawan jenisnya.

Menurut laman Life.ru, polis mulai curiga ketika jumlah pesakit laki-laki dengan keluhan yang khusus meningkat di rumah sakit. Keluhan itu adalah keracunan klonidin dan trauma berat pada zakar. Tidak banyak yang diingat lelaki itu kecuali perempuan cantik berambut merah yang
mengajak mereka minum di sebuah perumahan. Menurut mereka, perempuan itu juga sangat ramah.

Memang akhirnya Valeria tertangkap dan mengakui perbuatannya. Namun, polis masih pelik dengan mod perogolan itu. Dalam pengakuannya, Valeria mendedahkan bahawa ia memang memujuk lelaki yang berfikiran gila seks itu ke rumahnya. Di sana mereka minum-minum dan tentu saja para lelaki itu menginginkan hubungan seks.

No comments:

Post a Comment