Friday 18 November 2011

Sebab Kenapa Ong Kim Swee Diarah Keluar Oleh Pengadil


Kegembiraan rakyat Malaysia jelas terpancar apabila pasukan bola sepak Malaysia berjaya menundukkan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir kumpulan A Sukan SEA XXVI di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta semalam.

Corak permainan dan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan pemain Malaysia akhirnya membuahkan hasil walaupun berdepan dengan ejekan dan provokasi hampir 100 000 penyokong fanatik tuan rumah.

Namun ada 1 insiden yang agak mengejutkan kita apabila jurulatih negara, Ong Kim Swee telah diarahkan oleh pengadil perlawanan untuk meninggalkan kawasan bangku simpanan pada minit ke-67.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa beliau diarahkan meninggalkan kawasan bangku simpanan .bagi kita yang menonton di kaca televisyen,tiada gambaran jelas dapat dilihat tentang apa yang berlaku pada masa itu.

Punca Ong Kim Swee diberikan kad merah dan diarah keluar meninggalkan kawasan bangsu simpanan oleh Wasit Fahad Alkassar adalah disebabkan beliau telah melontarkan protes keras setelah melihat pemainnya menerima tekel keras dari Ferdinand Sinaga. Beliau menganggap Ferdinand seharusnya diberi kad merah bukannya kuning seperti yang diberikan oleh pengadil saat itu.Tapi hal yang sebaliknya berlaku apabila beliau yang menerima kad merah.

“Berlaku sedikit salah faham antara saya dan penjaga garisan serta pengadil apabila saya membuat protes terhadap kekasaran yang dilakukan oleh pihak lawan.Mungkin protes saya itu agak kasar,jadi pengadil telah mengarahkan saya meninggalkan bench pemain” , komen Ong Kim Swee ketika dihubungi oleh Era FM pagi tadi.

Walau bagaimanapun,pujian harus diberi kepada beliau kerana sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh beliau.Tanpa sebarang bantahan,beliau mematuhi arahan yang diterimanya.Hanya walkie-talkie menjadi alat penghubung antara beliau untuk memberi arahan dari bangku penonton.

Apa-apa pun,sekalung tahniah buat Ong Kim Swee kerana telah berjaya membimbing pasukan negara dengan baik.

No comments:

Post a Comment