Thursday 24 November 2011

Pengemis Meminta Sedekah Untuk Didermakan Kepada Orang Lain

Hunan – Biasanya seorang pengemis menyimpan duitnya untuk dirinya sendiri, tapi tidak dengan Wang Zhiyou (gambar). Dirinya mengemis untuk disumbangkan untuk orang yang lebih memerlukan.

Lelaki berusia 41 yang berasal dari perkampungan Yongping di wilayah Heilongjiang, China, ini telah mengemis selama 15 tahun dan digelar sebagai “Pengemis Dermawan dari Timur Laut”.

Dia tiba di bandar Changsha, ibu kota Wilayah Hunan, pada 6 September 2011 lalu.

Biasanya dia tinggal di satu tempat selama satu bulan hingga akhirnya berpindah ke tempat lain.

“Setelah satu bulan mengemis, saya terus menyumbangkan wang tersebut kepada orang yang memerlukan. Saya berharap dapat mencari orang-orang tersebut melalui media,” ujarnya seperti dipetik China Daily, Khamis (24/11/2011).

Wang mengatakan bahawa dia berbuat demikian kerana kisah hidupnya. Pada usia 18 tahun dia baru menyedari bahawa dia adalah anak angkat.

Ibu bapa kandungnya tidak sanggup membiayai kedua-dua orang anaknya, sehingga dia diserahkan kepada orang lain.

“Saya sudah menyumbangkan dana sebanyak 40 ribu yuan, selama 15 tahun. Ketika saya menyumbangkan wang tersebut, saya meminta bukti dari orang tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment