Monday 14 November 2011

Penerbit Filem Lucah Dilempar Telur Busuk di Indonesia


JAKARTA: Anggota kumpulan Front Pembela Islam (FPI) menyerang pejabat sebuah penerbitan filem di Tebet, Jakarta Selatan, semalam dengan melontar telur busuk.

Protes itu diketuai pemimpin kanan FPI, Habib Salim Alatas.

Serangan itu dibuat bagi membantah tindakan syarikat K2K Production House yang memang giat menerbitkan filem lucah di Indonesia.

Selain melontar telur busuk, anggota FPI juga menaikkan sepanduk bertulis “Hentikan Artis Porno Perosak Bangsa” di premis syarikat itu.
Tidak cukup dengan itu, penunjuk perasaan mengoyak dan membakar dua sepanduk filem Hantu Pocong Mandi Goyang Pinggul yang dibintangi Sasha Grey.

Sehingga petang semalam, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan K2K.

Walaupun protes itu hanya berlangsung 10 minit, premis syarikat berkenaan ternyata berbau busuk dan terpaksa dibersihkan segera.

Tiada sebarang pergeseran berlaku di antara penunjuk perasaan dengan polis. – IC

Sumber

No comments:

Post a Comment