Wednesday 2 November 2011

Pelik, Ikan yu bermata satu ditemui

Pasti ramai antara anda pernah melihat haiwan berkepala dua kerana ia merupakan kejadian yang unik. Tapi kali ini anda akan melihat haiwan bermata satu yang disebut ‘cyclops’.

Salah satunya adalah ikan yu yang hanya mempunyai satu mata ditemui di teluk California.

Penemuan yu putih bermata satu ini sempat menimbulkan kontroversi kerana ada yang mengatakan itu hanya sebuah gambar yang diedit melalui photoshop dan merupakan perkara yang mustahil. Tetapi para penyelidik telah pun memeriksa dan ia adalah asli bukan hasil dari gambar yang diedit.

Keadaan seperti ini dikenali dengan nama cyclopia, iaitu merupakan kelainan yang jarang ditemui disebabkan oleh kegagalan daripada bahagian depan otak untuk membahagikan diri menjadi dua biji mata.

Cyclopia berlaku dalam spektrum kecacatan otak dan wajah yang dikenali sebagai holoprosencephaly dalam kes yang teruk boleh menyebabkan keguguran atau kematian semasa lahir.

ekstra: kucing bermata satu

No comments:

Post a Comment