Saturday 5 November 2011

Pelayan restoran terkejut apabila mendapat RM2,850 daripada David Beckham

LOS ANGELES – Seorang pelayan tergamam apabila bintang bola sepak England, David Beckham(gambar) memberikannya tip sebanyak AS$907 (RM2,872) selepas minum di sebuah kelab malam di Los Angeles.

Pelayan berkenaan, Claudia Belden memperoleh ganjaran besar iaitu bonus sebanyak AS$900 dolar (RM2,850) ketika dia menghidangkan minuman kepada pemain itu dan rakan-rakan sepasukannya selepas beraksi dalam satu perlawanan amal.
Beckham dari kelab La Galaxy dan rakan-rakan sepasukannya meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan kelab bola sepak Hollywood United 12-4, yang mana pemain itu menjaringkan dua gol.

Beckham dan wanita itu turut bergambar bersama dan berbual-bual mengenai rakan kelab bola sepak lamanya, Manchester United iaitu Ryan Giggs, 34, sebelum dia memberikan tip tambahan ketika menjelaskan bil sebanyak AS$100 (RM316) di kelab berkenaan.

“Beckham hanya minum air mineral. Dia menandatangani autograf ketika diminta oleh beberapa orang,” kata pelayan itu. Pelayan itu juga bercadang menggunakannya untuk mendapatkan kembali kereta lamanya dan sebahagiannya diasingkan untuk digunakan bagi mendapat rawatan pergigian.

No comments:

Post a Comment