Thursday 10 November 2011

Pelancong ini sungguh berani kerana melihat singa makan daging di depannya

Beberapa pelancong teruja seekor singa memakan daging mentah di atas bonet sebuah jip yang dinaiki mereka di Zoo Werribee di Victoria.

Aksi singa itu merupakan daya tarikan terbaru di zoo tersebut yang dibuka sejak 2006.
Satu pasangan pelancong, Robyn dan Davin Price yang berumur 34 tahun membawa tiga anak mereka melawat zoo itu.

Robyn berkata: "Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan. Pada mulanya kami berasa takut."
Menurut Davin, anak-anaknya cuba untuk menyentuh singa itu.

"Ia merupakan satu idea yang bijak. Anda tidak pernah berada dekat dengan haiwan yang menakjubkan ini," katanya.

No comments:

Post a Comment