Friday, 11 November 2011

Pelakon mantap Neelofa nafi kaki gaduh & ancaman!

Pelakon baru, Neelofa sememangnya menjadi satu fenomena baru dalam dunia seni, kehadirannya bukan sahaja menjadi perhatian peminat hiburan, namun ramai produser dan juga penerbit yang mahu khidmatnya. Tapi dalam tidak disangka, ada juga khbar cerita yang Neelofa ni kaki gaduh, dulu ada orang kata dia dengan Fazura kini pula dengan Fasha Sandha, namun Neelofa menafikan yang dia kaki gaduh, melainkan dia mempunyai kaki yang cantik, hehe.

Selain daripada itu kehadiran Neelofa juga dikatakan sebagai satu ancaman kepada artis-artis yang lain. Sebab mungkin banyak tawaran yang diterima Neelofa agaknya menjadikan ramai segelintir artis tidak senang. Tapi biasalah, periuk lain, lauk lain-lain la. Tak perlu nak dengki-dengki, rezeki masing-masing. Yang penting Neelofa kini masih bersih lagi daripada gosip liar/panas.



petikan dari laman GUA: “Saya tidak pernah mencari gaduh dengan sesiapa. Saya pun tidak tahu macamana boleh timbul gosip yang mendakwa saya bergaduh dengan Fasha Sandha. Saya tidak ada sebarang masalah dengan Fasha. Malah, kami pernah bergandingan dalam satu sesi fotografi Hari Raya untuk sebuah majalah hiburan baru-baru ini. Harap kenyataan ini menghentikan desas-desus tidak berasas ini,”

“Sebagai pendatang baru, saya tidak melihat kehadiran saya sebagai ancaman kepada mana-mana pelakon baru. Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam dunia lakonan ini. Saya juga tidak setuju kalau ada yang mendakwa saya adalah ancaman kepada pelakon-pelakon lama. Bagi saya, setiap pelakon ada rezeki masing-masing. Saya tidak pernah berniat mahu mengganggu sesiapa pun,”ujar Neelofa lagi.

No comments:

Post a Comment