Sunday 20 November 2011

Pelajar wanita ini rai tamat peperiksaan sehingga pengsan

Sebahagian pelajar Universiti Cambridge di Britain pengsan selepas mereka bergembira dalam parti minuman keras bagi meraikan tamatnya peperiksaan.

Beberapa pejalan kaki terkejut apabila mereka melihat sebahagian pelajar universiti itu yang memakai bikini sukar untuk berjalan dan muntah pada waktu tengah hari di Dewan Anstey, Cambridge.

Pada tahun ini parti yang dianjurkan oleh persatuan minuman Kolej Magdalene itu buat pertama kalinya diadakan di Dewan Anstey.
Sebelum ini parti yang berusia 80 tahun itu diadakan di dalam kawasan Universiti Cambridge.

Namun, beberapa pegawai universiti mengharamkan parti itu diadakan di halaman Universiti Cambridge selepas seorang pelajar pertandingan gusti jeli ditangkap pada tahun lalu kerana menumbuk seorang penonton.

Kawalan keselamatan tambahan dipertingkatkan pada tahun ini manakala parti-parti lain di universiti tersebut dibatalkan bagi membolehkan pelajar menyertai parti minuman keras itu.

"Kelakuan pelajar-pelajar itu amat meluat," kata seorang pejalan kaki.
Menurut seorang pelajar, parti itu melibatkan pertandingan minuman keras.
"Sebahagian pelajar tidak mampu untuk berjalan selepas parti itu berakhir," katanya.

No comments:

Post a Comment