Sunday 6 November 2011

Padah campur arak, wajah wanita ini dari comel bertukar hodoh

JIKA dulu, Corinne Coycle, 19, seorang gadis comel yang bekerja di Universiti Teesside, Middlesbrough, Britain tetapi kini dia tidak menyangka wajahnya akan berubah dalam sekelip mata hanya kerana meminum campuran arak eksotik di sebuah bar percutian di Greece.

Koktel yang digelar sebagai Head itu merupakan campuran daripada arak bailey, tequila, absinthe, ouzo, vodka, cider, gin, serbuk cili dan beberapa ramuan rahsia tersebut telah memberi kesan alergi melampau sehingga menyebabkan mukanya bengkak dan gelembung.

Tertekan dengan perubahan drastik itu, Coycle yang dibantu beberapa rakannya bergegas mengambil teksi ke hospital berhampiran resort percutiannya di Resort Crete di Malia dekat ibu kota Athens.
Doktor yang melihat wajahnya terkejut lantas menyuntik ubat pelali dan beberapa ubat lain.

Namun seebelum peristiwa tragis itu, Coycle sempat menghantar wajah ‘terbaru’ beliau melalui telefon bimbit kepada ibunya, Fiona.
“Saya sendiri pun tidak mengenali Coycle apabila melihat wajah tersebut dan dia berkata mata kanannya tidak dapat melihat dengan sempurna,” reaksi Fiona.
Rakannya memberitahu, Coycle sendiri terkejut dengan apa yang berlaku dan menyangka berubah menjadi ‘wanita gajah’.

Dia ditempatkan di hospital selama dua hari sebelum dibenarkan pulang.
“Saya berdoa kepada tuhan semoga keadaan anak kesayangan saya kembali normal kerana dia sememangnya seorang wanita yang cantik,” harap Fiona

No comments:

Post a Comment