Saturday, 5 November 2011

Mungkin inilah jutawan paling kedekut didunia

CHELSEA - Dengan empat orang penumpang untuk dibawa dan memiliki kekayaan sebanyak AS$40.9 juta (RM136.473 juta) anda pasti boleh menjangka kereta apa yang boleh dibeli oleh seorang kerabat diraja Britain, Viscount Linley untuk keperluannya.

Namun, apa yang mengejutkan ialah beliau memandu sebuah kereta mini Fiat 500 untuk membawa isteri, seorang anak perempuan dan dua rakannya selepas makan tengah hari selama lima jam sempena hari jadi bapanya, Earl Snowdon yang ke-80 baru-baru ini.

Mereka semua duduk dalam keadaan berhimpit-himpit sehinggakan seorang pelayan restoran Itali, La Famiglia yang terletak di Chelsea itu terpaksa membantu Linley untuk menyumbat beg-beg berisi lebihan makanan ke dalam kereta tersebut.

Penumpang-penumpangnya perlu bersusah payah untuk masuk ke dalam kereta kecil itu.
Pilihan kereta yang dibuat oleh anak kepada Puteri Margaret, iaitu adik kepada Ratu Elizabeth II itu nampaknya sesuai dengan masalah ekonomi semasa.

Kereta Fiat 500 berusia 20 tahun milik isterinya, Serena itu sangat ekonomi dan tidak perlu dibayar cukai.

Pada 2006, beliau membawa anaknya Margarita yang ketika itu berusia empat tahun ke sekolah dengan menaiki basikal lipatnya.

No comments:

Post a Comment