Tuesday 15 November 2011

Misteri! Pelajar perempuan mati dalam keadaan bogel

Seorang pelajar perempuan jurusan fesyen di Amerika Syarikat (AS), Carmen Saldana ditemui mati dalam keadaan misteri di apartmen keluarganya dekat New York.

Bakal lulusan Institut Teknologi Fesyen (FIT) yang berusia 23 tahun itu ditemui terbujur kaku di katil dengan bajunya disingkap dan dia memakai sepasang selipar pada malam Ahad lepas.

Mangsa turut memiliki kesan calar pada lututnya tetapi setakat ini pihak polis masih belum mengesahkan sama ada Saldana yang mati akibat tidak dapat bernafas merupakan mangsa serangan seksual.
"Dia seorang periang. Dia cuba berbaik-baik dengan semua orang," kata sepupu mangsa, Ali Rodriguez.

Mayat mangsa ditemui ibunya apabila wanita tersebut pulang ke rumah selepas bekerja.
Beberapa sumber berkata, mangga kunci pintu depan rumah itu dipecah tetapi setakat ini pihak berkuasa masih belum menyatakan sama ada berlaku kecurian.
Bapa Saldana, Gilberto, 53, pula menyatakan beberapa penyiasat masih meneliti komputer dan maklumat telefon bimbit anaknya untuk mengenal pasti sama ada mangsa mengenali pembunuhnya.

Tiga hari sebelum kematiannya, Saldana yang tidak mempunyai teman lelaki dan pernah bercerai pada usia 18 tahun menghantar mesej ke laman jaringan sosial Facebook dengan menceritakan bahawa seorang lelaki menghendap dirinya.
"Lelaki yang menyukai saya dan kerap mengganggu saya walaupun saya berulang kali menyatakan tidak menyukainya," kata wanita itu dalam Facebook.

No comments:

Post a Comment