Friday 18 November 2011

Miera Liyana Tak Cemburukan Neelofa

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Liyana yang kini hangat bercinta dengan aktor kacak Shahz Jazle menafikan kehadirannya di pelancaran filemAzura adalah kerana cemburu kepada pelakon wanita filem tersebut Neelofa.

Kata Miera, dia hadir adalah bagi memberi sokongan terhadap filem pertama kekasihnya itu dan bukan kerana faktor cemburu.

"Shahz yang ajak saya datang ke majlis ini dan minta saya beri sokongan kepada filem pertamanya ini dan bukan kerana saya cemburu.

"Saya tahu sejauh mana hubungan dia dan Neelofa dan saya bukan seorang yang cemburu buta," katanya ketika ditemui mStar Online, di sini, Rabu.

Sebelum ini, ketika penggambaran filem Azura 2012, pasangan kekasih dalam filem ini iatu Shahz dan Neelofa pernah tersebar.

Malah, Shahz mengakui hubungan antara dia dan Neelofa pernah rapat suatu ketika dahulu.

Sementara itu, bercerita tentang hubungan cinta mereka, Miera berkata dia belum membuat sebarang perancangan kearah itu.

"Saya sendiri terperanjat bila keluar cerita kami mahu bertunang, tapi kalau betul pun bukan dalam masa terdekat ini,

"Tapi mungkin juga tahun depan jika kedua-dua belah pihak bersedia, bagi saya tiada masalah untuk kahwin muda," katanya.

No comments:

Post a Comment