Friday 4 November 2011

Lidah manusia ini berbulu

Bulu atau rambut halus hampir tumbuh di seluruh bahagian pada tubuh kita, kecuali mata, mulut, telapak tangan dan kaki, serta kuku. Tapi bulu pun dapat tumbuh kat permukaan lidah kalau korang tak tau.


Gelikan melihatnyer..ape korang rasa kalau agaknyer tumbuh la bulu kat lidah korang..hehee

Sindrom lidah berbulu (Hairy Tongue Syndrome) atau lingua villosa nigra adalah suatu keadaan dimana ada pertumbuhan papila filiform (bagian menonjol pada selaput yang berlendir di bahagian atas lidah) berlebih pada permukaan dorsal lidah.

Lidah berbulu adalah salah satu istilah yang tidak tepat dalam dunia kedoktoran gigi. Lidah berbulu tidak benar-benar menyifatkan adanya bulu atau rambut pada lidah.

Permukaan lidah yang sihat adalah nampak lembut. Papila yang tumbuh biasanya hilang dalam jangka waktu yang teratur. Namun, kadang-kadang papila ini cenderung tumbuh tapi tidak mau menghilang, dan muncul membentuk alur pada permukaan lidah. Alur ini sering menimbulkan tanda akibat terdapat nyer bakteria atau kegiatan lain yang membuat warna lidah menjadi hitam.

Namun, lidah berbulu juga dapat muncul dalam beberapa warna iaitu cokelat, putih, hijau, merah muda, atau salah satu dari berbagai corak tergantung pada etiologi spesifik dan faktor sekunder, misalnya penggunaan ubat kumur berwarna, gula-gula getah, atau gula-gula mint.

No comments:

Post a Comment