Sunday, 6 November 2011

Lelaki Vietnam ini sanggup tidur bersama mayat isteri selama 5 tahun kerana terlalu cinta

Rasa kehilangan yang begitu mendalam, membuat seorang lelaki di Vietnam selama 5 tahun tidur berdampingan dengan mayat isterinya. Dia mengaku melakukannya hanya kerana ingin memeluk istrinya tercinta.

Satu tahun setelah kematian isterinya, Le Van, yang berasal dari daerah Quang Nam menggali tempat persemadian isterinya. Lelaki berusia 55 tahun ini kemudian mengenakan pakaian pada mayat isterinya dan menempatkannya di tempat tidur.

Sebelum kejadian itu, lelaki ini pernah tidur di atas pusara istrinya selama 20 bulan sejak kematian isteri. Namun kerana faktor kesihatan dan cuaca yang hujan, dingin serta berangin kencang, Le Van kemudian memutuskan untuk membuat terowong ke dalam kubur isterinya "untuk bisa tidur dengannya".

Kebiasaan ini terhenti ketika anak-anaknya menemukannya tertidur di kuburan dan melarangnya untuk melakukannya lagi. Hingga suatu malam, bapa dari 7 orang anak ini mendapat idea untuk menggali kubur isterinya dan membawa mayat isterinya ke rumah untuk selalu boleh dipeluknya saat tidur.

Kejadian ini sempat menggemparkan warga sekitar perumahannya. Sehinggakan jiran tetangganya tidak berani mengunjungi kediamannya selama beberapa tahun.

" Saya orang yang melakukan hal secara berbeza. Saya tidak sama seperti orang normal yang lain," kata Le Van kepada laman Vietnamnet.vn mengenai perilakunya yang tidak lazim.

No comments:

Post a Comment