Tuesday 22 November 2011

Lelaki terkejut terakam imej hantu

Seorang lelaki terkejut setelah dia merakam imej lembaga manusia yang dipercayai hantu ketika bercuti di utara England pada awal tahun ini.

Lelaki itu, Colin Foster, 34, menceritakan kembali bahawa imej misteri itu dirakam dengan menggunakan kamera digital yang baru dibelinya ketika melancong di North Yorkshire.

Beliau tidak mengesan apa-apa yang luar biasa sehingga pulang ke rumah dan melakukan semakan semula gambar yang telah dirakamkan.

"Saya dan teman wanita saya sedang melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba, teman wanita saya menyahut berhenti dan merampas kamera itu," kata Colin.

"Teman wanita saya menyuruh saya membesarkan fokus pada satu bahagian gambar.
"Imej misteri itu pada awalnya tidak dapat dilihat dan semakin jelas setelah diperbesarkan. Kami tergamam dan memandang antara satu sama lain (apabila melihatnya)," ujarnya.

Sementara itu, anggota Persatuan Paranormal British, Nick Thurston berkata, imej yang dirakamkan itu jelas dan ia dianggap satu penjelmaan roh dalam bentuk manusia.

No comments:

Post a Comment