Sunday, 6 November 2011

Lelaki nekad lelong diri kerana kecewa memiliki harta sebanyak RM6.84 juta

CANBERRA - Adalah kelihatan seperti tidak masuk akal apabila lelongan kehidupan seorang lelaki yang kecewa di Australia mencapai harga setinggi AS$2.1 juta (RM6.84 juta).

Lelaki itu, Ian Usher, 44, yang tinggal di Perth, Australia juga terkejut kerana sedar kehidupannya adalah berharga suku daripada tawaran berkenaan.
Usher pada Mac lalu melelong kehidupannya di laman web eBay yang termasuk dengan pakej kediamannya di Perth, pekerjaannya, kereta, motosikal, pakaian dan rakan-rakannya.

Lelaki itu mengambil keputusan untuk melelong kehidupannya selepas perkahwinannya selama lima tahun dan hubungannya selama 12 tahun bersama kekasihnya, Laura terputus.
Bagaimanapun, Usher mengetahui harga kehidupannya itu tidak terlalu tinggi dan sistem di eBaymempunyai ralat kerana membenarkan pengunjung yang tidak berdaftar membida lelongannya itu.

"Saya meminta maaf kerana saya merasakan ramai individu yang kebosanan di internet. Selepas beberapa lama berada di hadapan komputer saya memutuskan untuk menarik balik semua pembida sehingga kepada harga asal," katanya.

Usher meletakkan harga kehidupannya kembali kepada AS$147,535 (RM480,838) namun ia meningkat kepada AS$233,289 (RM760,314) selepas 21 kali bidaan.

No comments:

Post a Comment