Wednesday, 16 November 2011

Lelaki ini memotong zakarnya sendiri kerana mahu jadi transeksual

Hanya kerana keinginan yang begitu kuat untuk mengubah kelaminnya menjadi seorang wanita, seorang transseksual yang merasa kecewa apabila alat kelaminnya tidak berubah selama 8 tahun dan akhirnya berbuat keputusan nekad dengan memotong alat kelamin lelaki yang dimilikinya. Berbekal sebungkus ubat anastesi (ubat tahan sakit/bius) yang diperolehnya entah dari mana, lelaki yang berusia 28 tahun bernama Zhang Heng ini memotong zakarnya dan buah zakar yang dimilikinya hingga putus kedua-duanya!.

Namun apakah sebenarnya yang terjadi?. Hasil perbuatan cuba-cubanya tadi membuat Zhang yang berasal dari daerah Hunan di selatan China ini mengalami pendarahan yang serius. Akhirnya hal tersebut diketahui oleh ibunya, dan membuat ibunya panik bukan kepalang hingga segera menelefon ambulan untuk membawanya ke hospital terdekat.





Laman What’s On Xiament menyebut setelah sampai di hospital dan dibedah oleh pasukan perubatan, akhirnya pasukan perubatan pun mengambil keputusan untuk menjahit kembali zakar yang putus itu agar boleh kembali seperti sedia kala. Namun apa yang terjadi?. Hal tersebut membuat Zhang menjerit menolak keras dan meminta agar dilakukan pembedahan menukar alat kelaminnya menjadi alat kelamin wanita!.

Kejadian itu telah membuatkan ibu Zhang berasa kasihan tetapi meminta anaknya melakukan pembedahan ganti kelamin setelah memiliki keturunan ataupun seorang anak. Namun apa pula tanggapan anak Zhang nanti?. Diapun serta merta berkata “aku lebih baik mati daripada tidak mengubah alat kelaminku” .

No comments:

Post a Comment