Friday, 4 November 2011

Lawak, aksi 2 ekor tupai yang kepalanya tersangkut dalam buah kelapa

LONDON - Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts.

Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya.

Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.
Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa.

"Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya.

No comments:

Post a Comment