Friday 11 November 2011

Lagi Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Dahlia Teck Bersama Khairul Fahmi

Sebelum ni kecoh juga di laman-laman hiburan dan akhbar-akhbar tempatan mengenai tindakan Khairul Fahmi atau Apex yang mengunjungi tempat yang bukan saja menyediakan arak, malah menghidangkannya semasa sambutan majlis tersebut.

Apa yang boleh kami cakap, mulut kita mampu berkata-kata tapi gambar-gambar lebih kuat penangannya untuk buktikan keadaan. Tapi tertarik juga kami dengan kata-kata seorang pengunjung laman hiburan ni;

Di sini saya ingin kongsikan beberapa gmbr sewaktu birthday party Dahlia Teck di werners changkat.
Nilaikan sendiri sama ada air arak itu milik mereka atau org lain yg datang sedangkn itu adalah birthday dahlia. Semoga kita semua dapat memilih jalan yang betul dan sesungguhnya setitik arak itu kalau kita minum 44 hari amalan kita x diterima inikan pula kalau berbotol2 seperti didalam gambar. Semoga umat islam tidak jauh lagi terpesong dan fahmi janganlah memberi alasan tidak tahu arak itu milik siapa. Sedangkan itu adalah sambutan hari jadi girlfriend dia sendiri. sekian terima kasih.

Fuhh! Nasihat kami kepada kita semua, fikir panjang-panjang sebelum jadikan kekasih masing-masing sebagai teman hidup dunia akhirat. =)

Kredit gambar: BeautifulNara.com

No comments:

Post a Comment