Thursday 24 November 2011

Kesian, pemuda ini terpaksa pakai baju zebra setiap hari demi seekor bayi zebra


TEMPO Interaktif, Setiap hari, Chen Nong memakai baju dengan garis hitam putih. Pekerja zoo di Wuhan, China itu mengenakan baju corak tubuh zebra demi seekor bayi zebra.

Ya, gara-garanya bayi zebra ditinggal ibunya dan dia hanya mahu disusui Chen Nong. Syaratnya memakai baju garis-garis hitam putih. "Kami ingin dia dirawat ayahnya, tapi ayahnya menolak, si bayi zebra disepak terus," kata Chen Nong.

Chen Nong awalnya tak sengaja memakai baju hitam putih.Ketika dia memakainya, tiba-tiba si bayi zebra sangat gembira melihat Chen Nong.

Kini bayi zebra hanya maHu diberi susu bila Chen Nong memakai baju hitam putih. Bahkan, si bayi zebra juga mencari puting susu ke tubuh Nong. "Akhirnya aku kasih ibu jariku," kata Chen Nong.

Chen Nong memberi nama bayi zebra itu "Little Five". Nama itu dipilih kerana dia hanya menghabiskan waktu lima hari dengan ibunya.

Menurut Du Gong, juru bicara kebun binatang Wuhan, membesarkan seekor bayi zebra tanpa ibunya adalah pengalaman pertama zoo Wuhan. "Kami berharap boleh membuat keajaiban," katanya.

No comments:

Post a Comment