Wednesday 2 November 2011

Kereta api ini terpaksa brek kecemasan kerana seorang wanita misteri

BRISTOL - Seorang lelaki, John Hobbs merakam insiden seorang pemandu kereta api terpaksa menggunakan brek kecemasan untuk mengelak daripada melanggar seorang wanita yang berada di sebuah landasan dekat sini.

Wanita berusia 38 tahun itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari membeli-belah apabila dia berjalan di landasan kereta api tanpa mengambil kira bahaya yang menanti.
Beberapa minit kemudian, sebuah kereta api yang sedang bergerak laju berhenti dengan mendadak untuk mengelak daripada melanggar wanita tersebut.

Setelah kereta api itu berhenti, pemandu tersebut kemudian membenarkan wanita tersebut menaiki kereta apinya untuk kembali semula ke stesen.
Pihak berkuasa yang masih menyiasat insiden itu berkata, kejadian itu berlaku di Stesen Kereta Api Bristol Parkway.

Polis memberitahu, siasatan awal mendapati wanita itu tidak mengalami sebarang gangguan mental atau tertekan ketika kejadian.
Selepas dia dibawa ke platform oleh pemandu kereta api itu, beberapa pegawai polis mengiringnya untuk dibawa pulang ke rumahnya di Cheltenham.
Walaupun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, insiden itu menyebabkan perkhidmatan kereta api di kawasan tersebut tergendala selama setengah jam dan menjejaskan beribu-ribu penumpang.

No comments:

Post a Comment