Saturday 12 November 2011

Kerana Mencuri Aiskrim Budak 10 Tahun Mati Setelah Dikurung Dalam Kotak

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun dikurung dalam kotak dan akhirnya meninggal setelah dikunci dalam sebuah kotak kerana mencuri aiskrim dari peti sejuk. Pihak polis menangkap empat anggota keluarga gadis tersebut.

Ame Deal meninggal pada 12 Julai di rumah keluarganya di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat di mana ia tinggal bersama nenek dan makciknya.

Menurut informasi awal, anggota keluarga Ame mengatakan bahawa ia meninggal kerana bermain sorok-sorok dengan temannya dan ia meninggal kerana tak dapat bernafas dalam kotak plastik.

Namun akhirnya pihak polis berjaya mengungkapkan, sebenarnya Ame dimasukkan ke dalam kotak sebagai hukuman kerana mencuri aiskrim. Teman-temannya yang lain juga dipaksa mengatakan cerita yang sama mengenai penyebab Ame meninggal.

Menurut polis, Ame dipaksa masuk ke kotak kecil dan tak dapat bernafas sementara ahli keluarga ini pergi tidur.

Mereka yang ditangkap ialah John dan Samantha Allen, masing-masing berusia 23 tahun. Keduanya adalah sepupu jauh Ame yang menjaganya ketika itu. Yang ikut ditahan adalah nenek Ame bernama Judith Deal (62) dan makciknya bernama Cynthia Stoltzmann (44).

Polis mengatakan anggota keluarga itu sering menyiksa Ame kerana menganggap ia tidak sedarah dengan mereka.

No comments:

Post a Comment