Tuesday 22 November 2011

Kasihan, kanak-kanak 9 tahun kelihatan seperti seorang nenek

Sayu dan merasa sangat kasihan melihat nasib kanak-kanak perempuan yang masih berusia 8 tahun ini kerana sebuah penyakit yang aneh dan penik. Diaz nama kanak-kanak perempuan yang berasal dari Cajamarca, Peru ini harus menjalani hidupnya dalam keperitan.

Diberitakan dari unit berita Cina Xinhua, sejak lahir jantung Diaz sudah tidak boleh berfungsi secara normal, pandangan matanya pun begitu, salah satu matanya ternyata buta kekal sedang satu lagi matanya menderita katarak. Selain itu Diaz juga menderita Osteoporosis (kerapuhan tulang). Menurut analisa doktor setempat salah satu penyebab keadaan ini adalah kerana gizi buruk selama masa kandungan terutama kekurangan asid folat.

Namun dalam laporan lain disebutkan penyakit yang di derita oleh Aracely Diaz ini disebabkan kerana mutasi gen, dimana kes seperti ini sangat jarang terjadi dan hanya terjadi 1 dalam setiap 2 juta kelahiran. Ibu Diaz sendiri Elvia Rojas mengaku sangat hairan dengan kejadian yang menimpa anak perempuannya itu.

Eva Klein, seorang pakar genetik dari Institut Pakar Geriatrik, mengatakan kes Diaz ini kali kedua terjadi di Peru dan saat ini ada 50 anak di dunia dengan simptom serupa seperti ini. Dia mengatakan bahawa simptom penyakit ini terjadi disebabkan mutasi gen pada kromosom 1.

Diaz gadis usia 8 tahun ini tampak seperti seorang nenek usia 80 tahunan.

No comments:

Post a Comment