Monday, 14 November 2011

Kasihan, Gadis Yang Tidak Mempunyai Tulang Wajah

juliana42 Gadis Yang Tidak Mempunyai Tulang Wajah

Juliana Wetmore, gadis yang lihir dengan keadaan badan yang tidak sempurna seperti mana rakan-rakan yang sebaya dengannya apabila dia dilahirkan dengan wajah tanpa mengandungi tulang kepala sehingga kepalanya tidak terbentuk dengan sempurna.

Juliana yang dilahirkan pada tahun 2003 dengan sidrom kelainan genetik (Kraniofasial) atau lebih dikenali dengan sebutan (Sindrom Treacher Collin).

Gadis yang tidak memiliki wajah secara sempurna ini dikatakan kehilangan 30-40% tulang rahang dan tulang wajahnya. Juliana dikatakan telah menjalani pembedahan lebih daripada 20 kali untuk menyempurnakan wajahnya.

Menurut doktor, mereka amat sukar dan mustahil untuk mereka menghasilkan wajah baru untuk Juliana, namun mereka tetap berusaha membantu agar keadaannya lebih baik daripada sebelum ini.

Namun disebalik keadaanya yang seperti ini, menurut ibubapa Juliana, dia dikatakan memiliki kecerdasan yang hebat.

No comments:

Post a Comment