Sunday, 13 November 2011

Jam Rolex canggih milik James Bond akan dilelong


AKSI Roger Moore sebagai James Bond dalam filem Live & Let Die menggunakan jam tangan Rolex untuk melepaskan dirinya.

GENEVA - Seutas jam tangan Rolex milik James Bond yang lengkap dengan satu gergaji bulat dan medan magnetik kuat untuk memesongkan peluru akan dilelong di Geneva pada hari esok.

"Jam ini unik dan direka oleh jurutera terkenal Syd Cain," kata pengarah antarabangsa untuk jam tangan dari firma lelongan Christie's, Aurel Bacs.

Jam tangan Rolex jenis Oyster Perpetual buatan tahun 1972 itu dipakai oleh aktor Roger Moore dalam filem James Bond, Live & Let Die yang ditayangkan pada tahun 1973.

Dalam filem tersebut, Bond menggunakan gergaji kecil itu untuk memotong tali dan melarikan diri dengan watak Solitaire yang dimainkan oleh pelakon Jane Seymour.

Jam yang tidak berfungsi sebagai jam tangan itu dijangka dapat dijual pada harga AS$220,000 (RM690,800) apabila ia dilelong pada 14 November depan. - AFP

No comments:

Post a Comment