Wednesday 2 November 2011

Inilah Satu-Satunya Ikan Paus Bertanduk Di Dunia

Narwhal (Monodon Monoceros) adalah nama salah satu ikan paus yg paling tidak diketahui manusia. Nama “narwhal” berasal dari bahasa Norse Kuno yg bererti “paus mayat”. Nama itu diberikan kerana kebiasaannya yg kadang-kadang berenang tak bergerak di permukaan laut dengan posisi perut menghadap ke atas & warna tubuhnya yg berbintik-bintik kelabu seperti pelaut yg tenggelam. Ikan ini diketahui hanya hidup di seluruh perairan Kutub Utara, iaitu di Lautan Artik. Narwhal adalah paus bergigi & termasuk karnivor yg memakan haiwan-haiwan laut seperti ikan, udang, atau obor-obor.

Tanduk spiral narwhal yang misteri ternyata berfungsi sebagai sensor raksasa yang membantunya mengetahui kualiti air dan untuk “mencium” narwhal lain.

Tanduk paus narwhal yang panjangnya boleh mencapai 2.4 meter itu telah sejak lama menjadi teka-teki para ahli alam dan pemburu. Penjelasan mengenai fungsinya pun seringkali menimbulkan perdebatan, begitu kata Dr. Martin Nweeia, seorang penyelidik Harvard School of Dental Medicine.

Menurut Nweeia, tanduk tersebut seperti mempunyai kemampuan indera hidrodinamik. Beliau mengungkapkan hal ini dalam satu pembentangan dalam Persidangan mengenai Biologi Mamalia Laut di San Diego.

Narwhal (Monodon Monoceros) adalah sejenis paus yang termasuk sangat jarang ditemui dan hampir pupus. Panjang tubuhnya mencapai 4 hingga 4.5 meter, dan kebanyakan dijumpai di perairan lautan Artik sekitar Kanada, tapi juga turut terlihat jauh ke timur hingga Rusia.

Tim Nweeia mendapati bahawa tanduk narwhal serupa dengan membran dengan permukaan yang amat sensitif. dan terdapat sekitar 10 juta saraf yang berhubung ke permukaan tanduknya berfungsi unutk mengesan perubahan suhu, tekanan, dan kadar garam air.

“Tidak ada sesuatu yang setanding dengannya di dunia ini dan tiada yang lebih unik daripada tanduk narwhal dalam bentuk, kenampakan, dan fungsinya.

Setiap paus narwhal (Monodon Monoceros) juga menggunakan suara untuk berkomunikasi antara satu sama lain seperti ikan lumba-lumba atau ikan paus lain. Malah mereka berkemungkinan memiliki suara yang unik yang juga menunjukkan identitinya.

Para saintis telah lama mengetahui bahawa mamalia laut menggunakan isyarat suara untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam air. Penelitian terkini menunjukkan bahawa paus juga mempunyai dialek bahasa mereka tersendiri.

Namun, belum banyak kajian yang mempelajari identiti suara seperti yang digunakan paus narwhal. Para peneliti yakin bahawa paus narwhal menggunakan suara untuk mengenali sesama dan membezakan satu individu dengan individu lain.

Hal tersebut disimpulkan para saintis setelah mempelajari suara tiga ekor narwhal di Teluk Admiralty di Pulau Baffin, Kanada. Mereka menggunakan perakam elektronik yang ditampal di badan mamalia raksasa tersebut.

“Untuk pertama kalinya, kami benar-benar dapat mengikuti haiwan tersebut bila-bila masa mereka bersuara dan ke mana sahaja mereka bergerak,” kata Ari Shapiro dari the Woods Hole Oceanographic Institution.

Meskipun salah satu alat perakamnya hilang, dua yang tinggal telah menunjukkan bentuk suara yang berlainan, berupa suara siulan dan denyutan. Shapiro menunjukkan bahawa kedua-dua jenis suara bukanlah isyarat yang digunakan untuk bertukar maklumat mengenai sumber makanan, tapi sekadar menunjukkan identiti individu dalam komunikasi sosial.

Apa yang dilakukan paus narwhal mirip dengan lumba-lumba hidung botol yang juga mengeluarkan suara siulan untuk berkomunikasi. Walaupun data-data mengenai komunikasi di antara paus narwhal masih sedikit, para saintis yakin ia mempunyai pendengaran yang sangat peka seperti paus lain.

Mereka biasanya berhijrah hingga ribuan kilometer dan berkelompok. Maka dengan suara yang berbeza-beza, masing-masing dapat membezakan individu dalam kumpulannya atau kumpulan lain. Hasil kajian ini dimuatkan dalam ‘Journal of Acoustical Society of America edisi September 2006.


No comments:

Post a Comment