Friday 18 November 2011

Inilah Gambar Isteri Hitler Yang Heboh Di Dunia Maya

1311702 Gambar Isteri Hitler Yang Heboh Di Dunia MayaAdolf Hitler adalah salah seorang figure penuh misteri dari abad ke-20. Tak banyak yang diketahui mengenai kehidupannya. Sebab itulah beredarnya foto perempuan yang dipercayai kekasih Hitler, menggemparkan internet.

Gambar Eva Braun, kekasih yang akhirnya menjadi isteri Hitler, baru-baru ini tersebar di internet oleh Life Magazine. Gambar perempuan yang kewujudannya di sembunyikan dari Nazi itu dimiliki oleh seorang kolektor dan kurator, Reinhard Schulz.

Gambar dari album peribadi model tersebut ditemui pada 1945 oleh tentera Amerika. Ketika gambar ini dikeluarkan, carian di internet untuk kata ‘Eva Braun’ telah dilayari lebih 300% dalam masa satu hari.

Eva pertama kali bertemu Hitler pada 1929, ketika menjadi seorang bintang muda di Parti Nazi. Eva yang masih berusia 17 tahun, diperkenalkan kepada Hitler yang masih bernama Herr Wolff, semasa perempuan itu menjadi model untuk jurugambar rasmi Nazi.

Kedua-duanya menjadi akrab dan dengan sengaja tidak mendedahkan hubungan mereka kepada umum. Eva seorang yang selalu tekanan, pernah dua kali cuba untuk bunuh diri. Namun dia setia terhadap Hitler hingga akhir hayatnya. Setelah mengetahui plot untuk membunuh Hitler gagal, Eva menulis surat.

“Sejak pertama bertemu, saya telah bersumpah untuk mengikutimu kemana sahaja. Bahkan menuju kematian. Saya hanya hidup untuk cintamu,” tulis Eva. Pada hari terakhir perang, mereka berdua akhirnya berkahwin. Khabar seterusnya, kedua-duanya membunuh diri tidak lama kemudian, semasa Eva berusia 33 tahun

No comments:

Post a Comment