Monday 7 November 2011

Inilah Gambar Hantu Yang Berjaya Dirakamkan Kali Pertama Di Dunia

Di internet dan TV berbayar, banyak gambar hantu boleh ditemui. Malah banyak buku dan majalah mengenai hantu turut diterbitkan. Namun, tahukah anda bilakah gambar hantu ini pertama kali muncul?

Pemburu hantu amatur menawarkan beribu-ribu gambar yang dituntut sebagai hantu di dalam gambar milik mereka. Beberapa di antaranya kelihatan seperti bayangan, figur seperti manusia, dan lain-lain seperti pantulan cahaya berbentuk bulat.

Namun semua jenis gambar menyeramkan itu sebenarnya bermula gambar tidak asli yang dihasilkan jurugambar profesional. Di satu sisi seperti dikutip dari pelbagai sumber, fenomena orang mendakwa berjaya mengambil gambar si mati merupakan fenomena relatif baru.

Manusia pertama yang mendakwa berjaya mengambil gambar hantu adalah jurugambar William H. Mumler yang berjaya menghasilkan ‘gambar si mati’ pada 1861. Beliau telah berjaya mewujudkan lebih daripada deretan gambar hingga ke dekad seterusnya.

Hantu-hantu ini bukanlah bulatan cahaya atau figure bayangan yang sering terakam kamera masa kini melainkan gambar orang sebenar yang kelihatan samar-samar seolah-olah hantu. Penulis Photography and Spirit John Harvey berkata, “Dalam gambar milik Mumler, roh kelihatan pucat dan memakai baju seperti baju malaikat”.

Mumler merupakan orang pertama yang mencari gambar seperti ini dan dia yakin, ramai orang mempunyai hubungan khas terhadap ‘dunia lain’.

Gambar yang paling terkenal dirakamkan oleh Mumler adalah bekas isteri presiden Amerika Syarikat ke-16, Mary Todd Lincoln, yang dirakamkan bersama imej suaminya berdiri di sebelahnya.

Dalam satu kenyataan, Mumler akhirnya mengaku mencipta sendiri gambar tersebut. ‘Hantu’ yang dirakamkankan hanyalah gambar yang dicantumkan daripada gambar lain.

Meskipun gambar hantu yang pertama disebarkan tersebut hanyalah sekadar gambar tipu, namun sehingga kini terlalu banyak gambar seumpamanya muncul. Meski teknologi terus berkembang, jurugambar sebenar selalu membuktikan hantu selalu menjadi objek yang sukar difahami.

No comments:

Post a Comment