Sunday 13 November 2011

Ibu penagih tinggalkan anak 20 bulan dengan mayat rakan di dalam kereta

METAIRIE (Louissiana): Seorang wanita meninggalkan anaknya berusia 20 bulan di dalam kereta bersama mayat rakannya untuk menghisap dadah di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Jessica Ockman, 33, ditangkap semalam atas tuduhan membiarkan anaknya dan kesalahan dadah.

Pekerja stesen minyak sebelum itu menemui Jessica dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas.

Polis turut menemui pemetik api dan satu sudu di tandas berkenaan.

Jurucakap polis, John Fortunato berkata, petugas stesen minyak itu yang memeriksa kereta Jessica terkejut apabila menemui anaknya bersama mayat seorang wanita, Shelby Fleming.

Shelby disahkan mati di tempat kejadian tetapi punca kematiannya tidak dinyatakan sementara menanti hasil ujian toksilogi. Ia tidak ada kaitan dengan perbuatan jenayah, kata penyiasat. - Agensi

No comments:

Post a Comment