Thursday, 10 November 2011

Hebat, banduan dapat ganti rugi RM3.8 juta beserta ijazah di penjara

Pihak berkuasa Florida semalam membayar ganti rugi sebanyak AS$1.25 juta (RM3.9 juta) kepada seorang lelaki berusia 46 tahun selepas dia tersilap disabitkan dengan beberapa tuduhan jenayah menyebabkannya berada dalam penjara selama 24 tahun.

Lelaki itu, Jerome Alan Crotzer menghabiskan hidupnya selama 24 tahun di dalam penjara sebelum ujian DNA membuktikan bahawa pada 2006, dia tidak melakukan kesalahan berkenaan.

Gabenor Charlie Crist berkata: “Tiada sebarang nilai yang dapat menggantikan masa Crotzer yang rugi ketika dia berada di dalam penjara.”
Lelaki tersebut dijatuhi hukuman penjara selama 130 tahun kerana percubaan rompakan bersenjata dan dua kes rogol pada tahun 1982 ketika ujian DNA tidak dapat dilakukan dalam perbicaraan kes-kes tersebut.

Bagaimanapun, ujian DNA yang dilakukan pada tahun 2006 berjaya membebaskan Crotzer daripada jenayah-jenayah tersebut dan dia turut dibebaskan dari penjara.
Ketika dia dipenjarakan, Crotzer berjaya memperoleh ijazah dalam bidang pendidikan dari sebuah universiti dan bekerja sebagai tukang kebun serta mendapat lesen dalam kawalan serangga.

No comments:

Post a Comment