Wednesday 2 November 2011

Gila, lelaki rebus telinga dan daging kekasih sendiri untuk dimakan

TEXAS – Polis di Texas, Amerika Syarikat (AS) menemui satu telinga manusia yang direbus dalam periuk dan seketul daging yang diletakkan pada pinggan di meja dapur di sebuah rumah. Menurut siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, seorang lelaki, Christopher Lee McCuin, 25, dipercayai memasak sebahagian badan teman wanitanya yang berumur 21 tahun itu.

Pihak berkuasa mendapati dia juga cuba untuk memakan daging milik kekasihnya itu.
Polis berkata, semua gambaran itu diceritakan sendiri oleh McCuin yang menghubungi pihak polis yang menyebabkan kejadian berkenaan terbongkar.
Suspek itu dijangka didakwa atas tuduhan membunuh.

Beberapa pegawai berkata, lelaki itu kini berada di sebuah penjara di Texas sejak malam kelmarin dan dia tidak mempunyai seorang peguam belas.
Nilai ikat jaminnya adalah sebanyak AS$2 juta (RM6.56 juta).

Pihak berkuasa masih tidak pasti sama ada McCuin sudah menggunakan sebahagian daripada badan si mangsa.
“Tiada sebarang bukti yang menunjukkan suspek berbuat demikian,” kata Syerif daerah County, J.B. Smith.

McCuin turut disyaki menikam seorang lelaki yang dipercayai sebagai teman lelaki baru bekas isterinya, pada awal pagi Sabtu lalu.
Selain itu, suspek dilaporkan mempunyai rekod jenayah termasuk memandu dalam keadaan merbahaya dan dakwaan melakukan kesalahan menyerang dengan senjata.
Beberapa pegawai berkata, kejadian pembunuhan itu bermula selepas McCuin membawa kekasihnya itu, Jana Shearer dari rumahnya di Texas malam Jumaat lalu sebelum membunuhnya.

No comments:

Post a Comment