Wednesday 16 November 2011

Gila, guru suruh murid gaduh dalam kandang



Pengetua dan beberapa pegawai sekolah menengah South Oak Cliff di Dallas disiasat setelah mereka menyuruh pelajar yang berbalah untuk bertumbuk di dalam sebuah kandang besi.

Tindakan itu adalah susulan laporan akhbar The Dallas Morning News yang melaporkan satu hasil siasatan terhadap pihak sekolah yang sengaja membiarkan pelajar bergaduh sesama sendiri antara 2003 hingga 2005.
Pegawai penyiasat, Superintenden Michael Hinojosa berkata, tidak ada tuduhan jenayah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Akhbar berkenaan turut melaporkan seorang ibu, Angela Williamson, mendakwa aduan berhubung insiden bertumbuk membabitkan anaknya tidak dilayan pihak berkuasa.
Menurut Williamson, anaknya dan seorang rakannya bertumbuk selama 10 minit di dalam kandang besi tersebut pada 2004.
"Pihak sekolah berkata, itulah cara mereka menyelesaikan perbalahan pelajar," katanya.

Seorang bekas pengetua sekolah tersebut Donald Moten, enggan mengulas perkara tersebut kerana ia tidak pernah berlaku.
Laporan siasatan tersebut juga mendedahkan ketua keselamatan kampus dan penolong jurulatih pasukan bola keranjang turut meletakkan dua pelajar dalam kandang besi agar mereka bertumbuk.

No comments:

Post a Comment