Friday 18 November 2011

Gara-Gara Menyamar, Pelakon Utama Titanic Leonardo DiCaprio Nyaris Ditangkap

Semasa berada di tempat awam, pelakon Leonardo DiCaprio selalu menyamar untuk menutupi identitinya. Namun, gara-gara penyamarannya itu, Leo nyaris ditangkap.

Seperti dipetik dalam The Sun, sabtu (10/9/2011), baru-baru ini, bintang ‘Inception’ itu hampir ditangkap semasa mengunjungi sebuah kedai perhiasan di Sydney, Australia. Si penjaga kedai menyangka leo adalah pencuri.

Kane, pemilik kedai tersebut memberitahu semasa kejadian, Leo bersama dua pengawalnya mengenakan hoodie, topi dan cermin mata hitam semasa masuk ke dalam kedai. Dia pun mengakui salah seorang pekerjanya sedikit panik dan berniat untuk menghidupkan penggera.

“Linda, penjaga kedai kami sampai ketakutan,” ujar Kane.

Namun, akhirnya Leo menanggalkan cermin matanya dan kepanikkan mereka pun berakhir. Di kedai tersebut, Leo membeli sebuah rantai berharga RM4500 sebagai hadiah untuk ibunya.

No comments:

Post a Comment