Thursday 10 November 2011

Gara-gara kecewa bercinta lelaki nekad mencuri pesawat

WAUSAU - Sebuah pesawat Cessna 172 yang dicuri dari sebuah sekolah penerbangan di Ontario, Kanada oleh seorang pelajar, Adam Leon mendarat di Missouri selepas diekori oleh dua buah jet pejuang F-16 dari Wisconsin, Amerika Syarikat (AS).

Seorang pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Laura Brown menyatakan pesawat itu mendarat di sebatang jalan raya di Ellsinore, Missouri.
Namun, Leon yang berumur 31 tahun dan seorang pelajar penerbangan ditangkap pihak berkuasa sembilan jam selepas pesawat itu mendarat.

Kecurian itu menyebabkan penduduk-penduduk diarah berpindah dari bangunan Capitol Wisconsin di Madison kerana pesawat tersebut menuju ke kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa berkata, Leon yang merupakan rakyat Kanada kelahiran Turki kini dirawat kerana mengalami tekanan.

Dia dipercayai menghantar nota bagi memutuskan hubungan dengan kekasihnya dan keretanya ditemui di sebuah lapangan terbang di Kanada dengan kunci masih berada di dalamnya.

No comments:

Post a Comment