Sunday, 20 November 2011

Gadis Berjaya Keluar Dari Kubur Yang Ditanam Setelah Dirogol

Seorang gadis berusia 10 tahun di Filipina berjaya keluar dari lubang kubur setelah dia ditanam hidup-hidup oleh sepupunya sendiri yang juga telah memperkosanya.

Inspektor Roberto Ocumen, Ketua Polis Kota Magpet, Filipina menyatakan, gadis tersebut telah diperkosa dan kepalanya dipukul dengan sebuah benda keras sehingga pengsan lalu dikuburkan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh sepupunya sendiri, Dennis Quilaton.

Gadis tersebut akhirnya tersedar dan mendapati dirinya berada di bawah tanah. Beliau kemudiannya cuba untuk melepaskan diri dari lubang kubur tersebut dan berjaya sampai ke rumah dengan bantuan jirannya. Seperti dipetik dari Inquirer, Sabtu (8/10/2011).

Ayah dari gadis ini menyatakan, mengikut kisah dari anaknya, anaknya itu diculik oleh sepupunya sendiri pada minggu lalu. Anak perempuannya itu telah dipukul dengan benda keras dan dibawa ke kawasan berumput di rumahnya untuk diperkosa. Setelah itu, Quilaton menguburkannya hidup-hidup dalam satu lubang yang tidak begitu dalam.

“Ajaibnya, dia sadar dan berjaya melepaskan diri dari kubur tersebut serta berjaya meminta pertolongan penduduk sekitar,” ujar ayah dari gadis malang itu.

Sehingga kini, pihak berkenaan masih belum mengetahui berapa lama gadis tersebut berada di dalam kubur yang digali oleh sepupunya sendiri

Sumber:Philippine Daily Inquirer/ANN

No comments:

Post a Comment