Sunday 20 November 2011

Doktor Panik Apabila Zombi Mendapatkan Rawatan Di Hospital

TORONTO – Pasukan perubatan unit kecemasan kelihatan panik ketika mereka berhadapan beberapa pesakit lelaki dengan keadaan yang sangat membimbangkan akibat kemalangan.

12 pesakit lelaki yang dimasukkan ke bahagian kecemasan tersebut dipenuhi dengan darah segar dan darah yang sudah pekat.

12 lelaki tersebut adalah pelakon dari sebuah filem bertemakan zombie yang cedera di lokasi pengambaran kerana secara tiba-tiba panggung yang menjadi lokasi pengambaran filem tersebut roboh.

Sebahagian darah yang terdapat di tubuh pesakit adalah bercampur darah betul dan darah tiruan. Dengan make-up yang menyeramkan dan penuh dengan replika luka serta lebam, pasukan perubatan menjadi bingung untuk mengesan luka dan lebam sebenar serta luka dan lebam tiruan. Malah beberapa orang antara mereka turut mengalami patah di bahagian tulang.

“Pertama kali saya melihat mereka, saya terus mengatakan bahawa keadaan mereka begitu parah sekali,” ujar David Ralph, ketua pasukan perubatan kecemasan.

Seperti yang dipetik dalam majalah online Orange, Khamis (13/10/2011), menurut polis tempatan kemalangan berlaku di Studio Filem Cinespace, Toronto, ketika pelakon diharuskan berpindah dari satu panggung ke panggung lain.

Tujuh daripada pelakon tersebut kembali pulih setelah menerima rawatan. Mereka kemudiannya kembali ke lokasi pengambaran filem tersebut.

No comments:

Post a Comment