Tuesday 22 November 2011

Dasar gigolo, kerjayanya hanya mengikis harta wanita

Seorang lelaki Switzerland yang dikenali dengan gelaran gigolo Swiss, Helg Sgarbi mengaku menggugut wanita terkaya Jerman yang juga pewaris syarikat permotoran BMW, Susanne Klatten.

Peguam gigolo itu, Egon Geis memberitahu sebuah mahkamah di sini bahawa dakwaan yang dikemukakan terhadap anak guamnya adalah benar.Sgarbi yang berumur 44 tahun didakwa memperdayakan pewaris BMW itu sebanyak tujuh juta euro (RM32.81 juta) dan tiga lagi wanita lain sebanyak 2.4 juta euro (RM11.25 juta).

Dia kemudian dihukum penjara 6 tahun kerana kesalahan menipu dan memeras ugut.Gigolo itu memeras ugut pewaris BMW itu bagi mendapatkan 49 juta euro (RM229.77 juta) dengan menyatakan dia mempunyai rakaman video yang menunjukkan aksi hubungan intim mereka.Sgarbi memberitahu Klatten yang berumur 46 tahun supaya meninggalkan suami dan menyimpan wang dalam dana amanah bagi membiayai kehidupan baru mereka.

Klatten enggan melakukannya dan dia memutuskan hubungan menyebabkan gigolo itu menggugut untuk menyebarkan rakaman video aksi intim mereka kepada suaminya dan pihak media.Klatten adalah anak perempuan seorang usahawan yang berjaya menyelamatkan BMW, mendiang Herbert Quandt.

Dia turut memegang 46 peratus saham dalam syarikat menerusi gabungan saham dengan ibu serta adiknya.Klatten turut memiliki 88.3 peratus saham dalam syarikat kimia, Altana.

No comments:

Post a Comment