Sunday 13 November 2011

Chef Riz Kantoi Palsukan Kelayakan Bergelar Juri MasterChef Malaysia

..

Panas! Panas! Panas! Siapa yang menonton program realiti masakan, MasterChef, terbitan Astro Ria, yang sekarang menjadi bualan hangat para ibu juga anak-anak dara se-Malaysia, pasti familiar dengan jejaka ini kan. Di dalam laman rasmi MasterChef Malaysia, profil Chef Riz menyatakan yang tunang kepada pelakon Ana Dahlia ni pernah bekerja sebagai Ketua Chef di sebuah restoran popular di dunia milik Mario Batali’s bernama Babbo di New York semasa berusia 22 tahun.

..


Dilaporkan pihak The Malaysian Insider telah menghubungi Pengarah Komunikasi Mario Batali iaitu Pamela Lewy. Pamela di dalam emailnya menafikan penglibatan Chef Riz di dalam restoran mereka.

"These claims are untrue. Mr. Nadzri has never worked at Babbo."


Menurut profail di laman rasmi MasterChef Malaysia itu juga, Chef Riz pernah bekerja sebagai Sous-Chef di mana merupakan orang kedua terkuat di dapur di Le Bernardin, sebuah restoran milik Eric Ripert untuk sebuah rancangan popular, Avec Eric. Chef Riz memberitahu, tempoh masanya bekerja di sana bermula pada Mac 2006 hingga Julai 2008 sebelum pulang ke Malaysia.

Wakil dari Le Bernardin, Helen Medvedovsky memberitahu The Malaysian Insider yang hasil pemeriksaan mereka, tidak terdapat nama Mohd Nadzri Redzuawan sebagai pernah bekerja di Le Bernardin

"We looked into this and found out this man never worked at Le Bernadin."

Chef Riz bagaimanapun menafikan semua ini dan kononnya akan bertanya kepada pihak restoran tersebut tentang perkara itu. Apa yang lebih memalukan, sehari selepas itu kandungan di halaman web rasmi MasterChef Malaysia telah mengubahsuai kandungan profail Chef Riz hanya sebagai hanya pernah menjadi pelatih sahaja di kedua-dua restoran mewah dan popular tersebut. (Hmmm... jadi pandai-pandailah anda pikirlah sendiri yer.)

Bukan niat kami nak memburukkan lagi keadaan atau membuka aib sesiapa, namun apa yang pasti jika ianya tidak benar nyata ada pihak yang sengaja melebih-lebih dalam pengisian profail tersebut agar rancangan tersebut nampak lebih ‘hype’ dengan diadili oleh JuriChef yang kononnya sangat hebat dan membanggakan.

Apapun, pihak Astro telah memohon maaf di atas kenyataan biografi melebih-lebih tentang latar belakang Chef Riz di laman web rasmi MasterChef Malaysia. Mereka juga memaklumkan yang mereka tidak akan bertanggungjawab mahupun mengetahui tentang pemalsuan yang dilakukan oleh Chef Riz.

"Chef Riz sincerely apologises to viewers for overstating his qualification and Astro Ria has accepted his explanation in good faith"



No comments:

Post a Comment