Tuesday 1 November 2011

Burung Masih Lagi Hidup Walau Kepala Ditembusi Anak Panah

Seekor burung camar dikatakan sangat ajaib kerana telah dijumpai masih lagi hidup walau kepalanya melekat dengan sebatang anak panah automatik. Burung ini juga masih lagi mampu terbang meskipun anak panah yang jelas kelihatan itu menembusi di antara mata hingga ke belakang kepalanya.

Burung Ini ditemukan oleh Graham Rhodes oleh seorang jurugambar yang tinggal di Scarborough, turut mengaku terkejut mengenainya.

Rhodes, yang menguruskan Aakschipper Galeri, mengatakan dia percaya anak panah tersebut adalah daripada panah automatik dan dia juga khawatir bahawa apabila munculnya kejadian ini, akan memberi kesan buruk kepada penduduk di sini.

“Apa yang merisaukan saya adalah bayangkan jika muncul seseorang berjalan-jalan di Scarborough dengan membawa panah automatik dan menembak burung,” katanya.

“Jika dia menembak burung camar di langit dan tiba-tiba tidak kena. Mungkin akan mengenai orang lain.”

“Sangat sukar untuk percaya apabila burung itu masih terbang dengan anak panah di kepala kerana jika kita fikir, benda itu pasti akan membataskan pergerakannya.”

“Namun burung itu nampak benar-benar normal,” katanya kepada Scarborough Evening News.

“Burung camar muncul kerana sekarang adalah musim kimpoi dan saya selalu melihat ia dengan pasangannya ketika saya membawa anjing saya berjalan-jalan di kawasan itu.

“Suatu pemandangan yang sangat menyedihkan adalah apabila munculnya dua ekor helang harrier di kawasan ini untuk mengusir camar-camar tersebut.”

Geoff Edmond, inspektor polis di Scarborough mengatakan, ini sangat ‘mengerikan’ dan ‘benar-benar haram’ untuk menembak burung.

“Sungguh luar biasa apabila camar dengan anak panah di kepala masih lagi terbang walau objek tersebut telah menusuk otak dan meretakkan tengkoraknya,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment