Sunday 6 November 2011

Bukan sahaja gajah, harimau bintang pon takut pada tikus

HERTFORDSHIRE - Bukan sahaja gajah takut kepada tikus tetapi harimau bintang mungkin mempunyai perasaan yang serupa apabila menemui haiwan itu.
Seekor harimau bintang betina di sebuah zoo di Britain enggan menjamah makanan daging kerana kehadiran seekor tikus.

Menurut seorang anggota projek menjaga harimau bintang, Jackie James, seorang anak lelakinya melemparkan daging ke arah haiwan itu supaya aksinya dirakamkan oleh jurugambar.

Dia berkata, harimau berkenaan meluru ke arah daging tersebut tetapi kemudian meninggalkannya kerana kehadiran seekor tikus. Tikus itu memakan daging itu tanpa mempedulikan kehadiran harimau bintang yang jauh lebih besar daripadanya.
Imej harimau itu yang takut apabila menemui tikus dirakamkan oleh seorang pelajar jurusan fotografi, Casey Gutteridge.

"Harimau bintang itu kelihatan terkejut. Ia tunduk dan menghidu tikus itu dan kelihatan seperti berada dalam keadaan takut," katanya.

No comments:

Post a Comment