Thursday 17 November 2011

Bangkai Makluk Asing Di Simpan Di Dalam Peti Sejuk

0228404620X310 Bangkai Makluk Asing Di Simpan Di Dalam Peti SejukLONDON, Aduhai Media – Seorang wanita di Rusia telah membuatkan beberapa saintis di negera tersebut terkejut. Wanita itu mengaku menyimpan bangkai makhluk aneh mirip makhluk asing di dalam peti aisnya.

Marta Yegorovnam mendakwa bahawa betuk makhluk aneh itu ditemui dua tahun lalu di sebuah tempat yang mengeluarkan bunyi letupan kuat di luar rumahnya di Petrozavodsk, Rusia barat. Setelah mendengar bunyi tersebut, dia terus bergegas keluar dari rumah dan mendekati punca bunyi itu.

Setibanya di lokasi, Marta mengaku mencari sisa-sisa kebakaran serta logam-logam yang sudah berselerak dan sangat panas. Dia juga mendapati terdapat tubuh makhluk asing di tempat kebakaran itu.

Kerana ingin menjaga rahsia makhluk asing tersebut, Marta dan mengawetnya dengan cara membungkusnya dalam plastik dan memasukkannya ke dalam tempat beku dalam peti sejuk.

Penemuan Marta itu tidak membuatkan orang lain serta-merta memercayainya. Ada pula yang menganggap bungkusan itu hanyalah sayur-sayuran busuk. Meskipun demikian, para saintis dari Akademi Sains Karelian di Petrozavodsk merasa terkejut dan ingin menyiasat kebenaran daripada cerita Marta.

Pemerhati UFO, Michael Cohen, mengatakan bahawa Rusia merupakan lokasi untuk kegiatan objek-objek luar angkasa. Dia juga percaya bahawa kapal angkasa mahkluk asing mungkin pernah dilihat oleh agensi tentera atau pihak-pihak swasta tempatan.

“Ini mungkin juga satu penipuan, tetapi kemungkinan bahawa tubuh ini merupakan makhluk asing asli dan sebaiknya tidak diabaikan. Dalam setiap kemungkinan, makhluk asing akan kelihatan aneh bagi kita, seperti spesimen ini,” kata Cohen.

[Sumber: The Sun]

No comments:

Post a Comment