Monday 7 November 2011

Atok dan nenek nekad curi kereta polis untuk berhubungan seks

WEST PALM BEACH, KOMPAS.com - Nekad betul pasangan ini. Mereka mencuri sebuah kereta polis agar boleh berhubungan seks dengan cepat.

Setelah meninggalkan sebuah restoran di Lake Worth, Florida, AS, pasangan Alexander Pratt, 59 tahun, dan Clara Pearson, 53 tahun, melompat ke dalam sebuah sedan honda civic hijau yang diparking di pinggir jalan. Kereta itu tidak berkunci dan enjinnya masih hidup. Mereka lalu melarikannya tetapi tidak jauh. Mereka berhenti di lokasi yang dinilai tepat buat mereka melakukan hubungan seks cepat.

Ternyata honda civic itu merupakan kereta polis yang sedang menyamar. Daily Mail, Ahad (6/11/2011), melaporkan, dua polis berpakaian preman dari unit pencurian kereta dari Pejabat Sheriff Palm Beach County di Florida tengah menyelidiki sebuah kes ketika kereta itu diparking dengan keadaan mesin menyala. Kerana sedang melakukan penyamaran, kereta itu memang tidak dipasang tanda sebagai kereta polis.

Kerja tak senonoh Pratt dan Pearson tak berlangsung lama. Kereta milik departemen sheriff Palm Beach, yang dilengkapi perangkat video, audio dan GPS itu kemudian dihentikan petugas dan pasangan itu ditangkap.

Pratt mengaku kalau ia melarikan kereta itu tapi dia tidak menyesal kerana dia ingin 'melakukan hubungan intim dengan Pearson'. Keduanya didakwa telah melakukan pencurian kereta.

Sumber : Daily Mail

No comments:

Post a Comment