Sunday 6 November 2011

Amah mencuri RM6.3 juta harta majikan selepas baru 2 hari bekerja

JAKARTA - Seorang pembantu rumah menjadi buruan polis kerana dipercayai mencuri wang tunai, barang kemas dan beberapa jam antik yang bernilai hampir AS$2 juta (RM6.3 juta) milik majikannya, kata seorang pegawai polis.

Menurut pegawai itu, Kapten Suharyono, Sri Mulyati bekerja di rumah majikannya itu di Bogor, Indonesia selama dua hari sebelum menghilangkan diri dengan tiba-tiba pada Isnin lalu.

Majikannya yang merupakan seorang penduduk Kanada manakala isterinya, seorang rakyat Indonesia menyedari bahawa mereka kehilangan wang tunai dan beberapa barangan berharga beberapa jam selepas wanita itu menghilangkan diri.

Suharyono berkata, sejumlah wang tunai, emas, berlian dan 30 tangan antik dianggarkan bernilai AS$1.9 juta (RM6 juta) berjaya dilarikan oleh pembantu rumah pasangan itu. Suharyono turut berkata, beberapa pegawai masih menyiasat sama ada wanita itu bertindak bersendirian atau dengan seorang rakan.

"Ia sesuatu yang pelik kerana amah itu bekerja selama dua hari tetapi dia tahu di mana barang-barang berharga disimpan," katanya.

No comments:

Post a Comment