Wednesday 16 November 2011

Aksi Berani Lagak Ngeri Melompat Atas Kereta Bergerak Laju

Sebuah kereta sport yang meluncur lajur mara ke arahnya, namun lelaki berani ini tidak sedikit pun merasa khuatir atau takut. Dengan tenangnya lelaki berusia 31 tahun ini berlari dan melompat dari kereta yang tengah meluncur dengan kelajuan 100 km/jam tersebut.

article 2049752 0E65FD6800000578 875 634x286 1 Aksi Berani Lagak Ngeri Melompat Atas Kereta Bergerak Laju

article 2049752 0E65FF6600000578 922 634x286 Aksi Berani Lagak Ngeri Melompat Atas Kereta Bergerak Laju

article 2049752 0E66009C00000578 569 634x356 Aksi Berani Lagak Ngeri Melompat Atas Kereta Bergerak Laju

Issa Alassan Gobitaca kini telah menjadi popular di YouTube selepas video yang merakamkan aksi stunt beliau melompat dari kereta sport yang tengah bergerak laju seperti kereta Lamborghini dan Mercedes di negaranya Sweden dan Amerika Syarikat.

“Semua ini bermula tahun lalu apabila rakan saya meminta saya untuk melompat di atas keretanya,” tutur Stuntman yang digelar ‘Al the Jumper’ ini.“Tapi saya tak anggap ia sebagai cabaran semasa kereta tersebut tidak bergerak, jadi saya meminta dia untuk memandu kereta ke arah saya agar saya boleh melompat ke atasnya.

Pada mulanya, ia sangat menakutkan tetapi sangat mengembirakan.” tambah Alassan sambil menambah keinginannya untuk mencabar Top Gear (sebuah acara automotif popular) dan melompat dari kereta yang dipandu Stig.

article 2049752 0E6601D900000578 966 634x301 Aksi Berani Lagak Ngeri Melompat Atas Kereta Bergerak Laju

article 2049752 0E6603AA00000578 124 634x356 Aksi Berani Lagak Ngeri Melompat Atas Kereta Bergerak Laju

Christopher Anneborn berjaya merakamkan saat semasa Alassan melompat sebuah Lamborghini di Stockholm dan tercengang melihat keberanian dan kegilaan Alassan itu.Alassan merancang untuk melompat dua jenis kereta sport yang bergerak laju ke arahnya dengan kelajuan 120km/jam bagi mencatatkan namanya di Guinness Book of Records.

No comments:

Post a Comment