Thursday 3 November 2011

Ajaib!! Pemandu Ini Selamat Dari Ratusan Batang Besi Waja Yang Menusuk Kaca Depan Keretanya

Jika melihat gambar , tak terbayang betapa ngerinya jika ratusan batang waja menancap di tubuh si pemandu.

Tapi untungnya Yang Junsheng, si pemandu kereta yang hancur kaca depannya itu boleh selamat dalam musibah mengerikan itu.

Bahkan ajaibnya lelaki berusia 24 tahun - yang pastinya sangat terkejut kerana mengalami peristiwa itu - hanya mengalami beberapa luka kecil di pipi kirinya.

Seperti yang dilapor dari situs Orange, Yang mengaku peristiwa itu terjadi kerana dirinya berusaha melarikan diri dari seorang petugas polis sejak kereta yang dipandunya itu tidak mempunyai road tax. Dirinya pun melanggar sebuah pick up yang berisi ratusan batang waja sehingga membuat ratusan batang baja itu meluncur ke kaca depan kereta hingga menghancurkan kereta tersebut di Taizhou, Zhejiang.

“Fikiranku sangat jelas saat itu, dan aku segera menyorok ke bawah ke tempat duduk penumpang.

Aku mendengar suara ledakkan dan ketika mobil berhenti aku tak boleh bergerak kerana kereta penuh dengan batang-batang besi. Mereka ada dimana-mana,“ cerita Yang.

Yang kemudian pergi ke hospital untuk check up tapi doktor mengatakan dirinya tak mengalami luka sama sekali, kecuali goresan-goresan di bahagian pipi kirinya.

“Kejadian itu ajaib bahawa dirinya boleh hidup,“ ujar seorang petugas polis.

“Ketika aku melihat kereta itu aku tadinya mengira si pemandu sudah pasti meninggal,“ ujar si polis lagi

No comments:

Post a Comment