Monday 19 September 2011

Zizan hina Rasulullah dalam Hantu Bonceng

Umum dah tahu yang filem Hantu Bonceng merupakan filem yang mengutip jutaan Ringgit, dan yang terbaru mencapai tahap RM9 juta. Sesuatu yang membanggakan. Tambahan pula pelakon utama Zizan merupakan aset utama filem berkenaan. Syabas Zizan, lu memang terbaik buat masa ni. Tapi ada berita yang kurang menyenangkan. Dalam syok2 tengok filem tu ada juga kita boleh tak sedar yer.


Sedar bab apa? bab dialog Zizan yang mungkin menjadi satu isu yang panas.. Ini dipetik melalui blog politik pembangkang yang sangat prihatin terhadap babak-babak dalam filem itu. Blog pembangkang ni mendakwa Zizan mengatakan.. "Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"




Admin tak tahu nak kata apa, nak suruh Zizan komen dulu ker isu ni. Tak tahulah, rasanya Zizan pon mungkin tidak tahu benda ni, bahkan dirinya juga tak mungkin sejahat itu untuk mengucapkan. Mungkin terlepas cakap disebabkan menghayati watak sebagai seorang yang kelakar. Bagus kita dengar penjelasan Zizan sendiri nanti. Wallahualam lah.

No comments:

Post a Comment