Thursday 15 September 2011

Uniknya cybercafe di Jepun

Internet cafe di Jepun tidak hanya sekadar tempat untuk ber-internet  tetapi juga biasanya kita boleh membaca buku komik (manga) yang penuh dengan koleksinya yang  banyak.


Mereka biasanya membahaginya dalam 2 bahagian iaitu ruangan terbuka dan ruangan tertutup untuk privasi dengan bentuk bilik-bilik kotak (cubicles).


Dan tergantung permintaan, kita boleh memilih untuk satu bilik  diisi 1 orang, 2 orang atau lebih dari 2 orang. Dan kadang, mereka juga menyiapkan 2 komputer dalam satu bilik.


Sebahagian besar bilik tersebut sudah dilengkapi dengan berbagai macam alat, mulai dari komputer itu sendiri, webcam, mic dan juga TV untuk menonton.


Walaupun sedikit mahal untuk ber-internet disini, ada satu hal yang membuat kita sedikit senang iaitu kita boleh minum sepuasnya sampai kembung kecuali untuk makanan kita harus bayar.






















No comments:

Post a Comment